July 26, 2009

Trip Sepit Biru

Perjalanan menyusur sungai banting....mencari lubuk-lubuk yang sesuai untuk menduga sang janggut................
Sepit biru yang berjaya di naikkan....

Penulis bersama Ustaz Heri (yang dalam gambar tue)...dan Mohd Hanif (driver boat) membuat Trip Ke Sungai Banting. Sebenarnya banyak tok janggut yang berjaya di naikkan tetapi tidak di gambarkan kerana masa trip ini( dah lama dah pun) belom lagi ada blog dan tak terfikir nak gambar banyak-banyak untuk didedikasikan dalam blog....

July 25, 2009

Pertandingan Memancing Taman Pantai Merintaman

Para peserta mengambil kedudukan masing-masing yang di fikirkan paling strategik..Jumlah peserta seramai 78 orang/pancing

Penulis dan Geng Kelab Dalak Sipitang pun tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam pertandingan memancing ini.....Yuran RM 10 per joran jer.

Dan hasilnya... Pemenang untuk pertandingan memancing kali ini... Seekor ikan Sebelah dan 3 ekor anak-anak ikan yang belum kena bagi nama....baru lahir......hehehehe. Besar lagi jari ahli kelab geng DalakSipitang...hampehhhh


Punya lawak tahap dewa....ini sahaja ikan yang makan umpan untuk pertandingan memancing kali ini.....geng kelab tidak dapat apa-apa hasil pun....Lucky draw pun tak mengena.....




Semilang Vs Haruan

Bergambar kenangan dengan ikan semilang terbesar yang berjaya di tewaskan oleh geng Kelab Joran Dalak Sipitang(Mohd Hanif)

Ikan dalak(haruan) yang di tewaskan oleh penulis....Hasilnya 1 kg lebih

Ikan dalak paya yang di tewaskan menggunakkan kaedah "casting" berumpankan katak. Dalak kawasan paya ini lebih cerah berbanding dalak parit kelapa sawit.


Dalak parit kelapa sawit.....airnya berwarna gelap maka populasi yang hidup dalam air itu pun kehitaman.

Dalak parit kelapa sawit yang hitam





Trip SEMARANG-Sambungan
















Trip SEMARANG-Sambungan










July 22, 2009

Cara Sembahyang Bagi Kaki Pancing Laut Dalam

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar
Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan


Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.


Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".