June 06, 2010

TRIP 28.05,2010 HARTA RAMPASAN YG DIANGKUT DARI SEMARANG
















TRIP SEMARANG 28 MEI 2010

Pada 28 mei 2010 baru ni Team KPS mendapat undangan dari pemancing SFI utk join diorang ke Semarang,trip mengejut 3h2m ini di sertai oleh Us Keri,Cikgu Simin,Yuslan JBA,Mansor JBA,Tauke Cina,Bodybuldier SFI,SiGemuk n org baru yg aku tak kenal.Trip menggunakan khidmat kapten Jack Sapperol Tg pagar.Kapten yg supporting n ramah.Perjalan mengambil masa 8 jam untuk sampai ke lubuk ikan.
Awak2 kapal sedang menolong pemancing menaikkan ikan.

Ni la tauke cina yg aku maksudkan.

Kerisi bali yg tinggal di perairan Labuan.


Nilah dia rupa dapur kapal Jack separrol he..sempoi



Ni cikgu simin yg aktif berbagai acara extrem,bidang ni baru ja dia terlibat.Lani dah jadi ketagih plak turun laut dalam.



SAAT AKHIR TRAJEDI MENIMPA ORGANISER

Pada malam nak berangkat ke KK anak ust Keri terpaksa di maksukkan ke wad kerana demam panas.So trip ni terpaksa ditinggalkan oleh ust Keri.Mujur tak sempat pi lagi.Kalau tak jenuh gak la isteri dia nak menjaga dua orang anak di hospital.Syukurlah semuanya selamat dan Aiman anak ust yg demam baik selepas 2hari duduk di wad.Alhamdulililah.Peringatan kepada kaki pancing jgn terlampau seronok sangat nak pi mancing.Pastikan keadaan dirumah semua dah settle baru pi pancing.

ALATAN PERANG YG BAKAL DIGUNAKAN OLEH MAT KERI

Yg diatas tu PENN SARGUS 8000.Baru beli tak tau perfom mcmna,tp baca dlm web leh gagah juga la natang ni.





WAJAH-WAJAH KE LAUT 360 DAN MATANANI

Otai tengah mengatur strategi 4-4-2.

Ni yg kurang rambut adalah lanun baru join lanun2 yg dah lama melanun ikan2 dilaut (ASNAN) ahli KPS terkini.(yuran jgn lupa ha..)
Saya rasa 4-4-2 tak boleh pakai,kita tukar 4-3-3 la pulak apa macam geng.
Setujuu..Mamak tea tarik woonek.






BULAN KE LAUT DALAM

Hasil dari laut 360 n Matanani kerapu bara yang membara,besar toi.....

Rupa kapal yg bakal membawa krew KPS.Kapal ni dilengkapi bilik katil bertingkat serta luas.Hasil tak tau macamna lagi.Time ni laut masih beralun kuat di 360.




Bulan 5 menjelma maka kedengaran bunyi2 nak turun laut dalam.Trip pun diatur oleh Ust Mat Keri n Cikgu Simin.Ahlul-ahli KPS semua bersetuju ke Luat 360 n Matanani KK.Setelah dicari tarikh yg sesuai maka 8hb Mei 2010 adalah waktu yg sesuai.Pada 18 April 2010 Ust Mat Keri (pngurus)trip n mat Hanip pergi ke KK melihat boat yg bakal membawa krew KPS.

TRIP CARI LUBUK YANG HABUK

Ni boatman yg tidak terlatih Hanip cikgu muzik team KPS.Trip ni berdua ja ke sg Balikkatak,Weston.Ada la sekoq baby Gt n ikan gelama.Namanya pun pi cari lubuk jadi takda la ikan.Disebabkan kumpau kami tak tangkap gambaq ikan.hehe



Ni la dia juragan,owner boat us Mat Keri.



Pemandangan Masjid Hj Hashim Sipitang dari laut.





SPEEDBOAT TURUN LAUT AKHIRNYA



Setelah berbulan lamanya memproses maka tanggal15 hb mac 2010 boat yg dimiliki us keri(KPS) berjaya ditolak masuk oleh 2org ahli KPS,owner n FENDI serta seorg kwn yg sama2 mgajor di sipitang iaitu ust Chon.

Fendi mengatur strategi nak bawak kuar boat.


Ust Chon yg dah 10 thn di Sipitang tapi takda perasaan nak pi ngail,perasaan makan ikan ja dia mau.


Penat gila tolak binatang alah ni, Mat Keri hang pi ambik jeep tarik bot ni,aku tak larat dah.



sampai juga akhirnya.




June 04, 2010

Trip sulung 2010 seorang ahli KPS dikira kumpau

sempat snap ganbar beruk hidung panjang,orang sipitang panggil ambok mat salleh. Cikgu simin dengan seekor kerapu.Dia ni seorg guru yg serba boleh,turun memburu payau pun dia,pi ngai pun dia juga.Kaki duk tak diam.Apapun dia ni kira sifu KPS.

Pemandangan awal pagi di muara weston.Subhanallah




Sebelah cikgu simin adalah kawan dia Hamzah namanya pemandu teksi Sipitang.Asyik tangkap gambar orang aku yang takda(ust Keri) ahli KPS yang terlepas pi ikut trip ni.








Enjin Speedboat KPS


Enjin ni dibeli oleh ust Keri penasihat agama KPS.Enjin yamaha enduro 15 kuasa kuda(naga berapi) ini amat berperanan besaq dalam mengheret pejuang2 KPS pi mencari ikan2,udang,raksasa dll di perairan Sipitang.


PROSES UPGRADE SAMPAN JADI SPEEDBOAT

Askm semua,berikut adalah gambar pengupgredan bot ke speedbot.Proses memakan masa beribu minit.Usaha dan kerjasama drp smua pihak adalah amat2 dihargai terutama isteri tersyg yg sanggup bancuh air sirap..he Jadi kwn2 layanlah.....
















Proses pengupgredan sampan ini dimulakan pada awal bulan 2 tahun 2010 ni.Proses memakan masa beratus minit.Makan tidoq, pi kerja,balik kerja,cuti semuanya baru la selesai pengupgredan.
















bot kayu yg mampu di beli oleh seorg ahli KPS


sampan yg akan di upgrade jd speedbot.

June 02, 2010

Penjenamaan Semula

Hasil perbincangan team pancing dalaksipitang(dahulu)...kami sepakat untuk mengkormesialkan nama team kami dengan nama baru iaitu KPS Anglers. Hal ini memandangkan nama dalak(haruan)tidak di ketahui ramai rakyat 1 malaysia. Maka kami mendahulukan rakyat dengan nama yang biasa di dengari 1 dunia iaitu Anglers....jadi kami bersetuju menukar nama tem dengan KPS Anglers.
Juga kami mohon maaf kepada semua pengunjung kerana sudah lama tidak update kami punya aktiviti. Sebenarnya banyak aktiviti team tahun 2010 tetapi tidak sempat mengupload dan mengdedikasikan ke dalam blog. Nantikan aktiviti kami sepanjang awal tahun hinggalah sekarang yang akan di masukkan dari masa ke semasa. Antaranya....bikin bot,apollo ikan temenung, dan siri laut dalam....ada 2 siri...