August 14, 2010

Trip mengubat rindu jadi pilu

trip bermula jam 6.30pagi.bot richie wes1o kami tempah untuk mencari ikan di lubuk mengkuduan.Ahli KPS yg ikut trip ini ialah Mat Keri the organizer,Mat Anip the Pembawa,Fendi the Drunkensea dan Asnan twinpower.So layan trip piluuuu sepilu pilunya...


Organizer turun dgn gaya model baju belang.

Fendi tgh tunjuk jln keluar pi wes10.Anip kumpau trip ni.











August 04, 2010

PERIHAL MONSON

MONSUN IALAH :

Perubahan Angin
Monsun
Cuaca di Malaysia dicirikan oleh dua rejim monsun iaitu Monsun Barat Daya dari akhir bulan Mei ke September, dan Monsun Timur Laut dari bulan November ke Mac. Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak, manakala Monsun Barat Daya secara relatifnya adalah lebih kering. Tempoh peralihan antara dua monsun ini dikenali sebagai musim perantaraan monsun.
1. Apakah Monsun?
Perkataan "monsun" berasal daripada perkataan Arab "muasim" yang bermaksud musim. Pedagang-pedagang kuno yang berulang-alik melalui Lautan India dan Laut Arab menggunakan perkataan ini bagi menjelaskan sistem angin yang silih berganti yang bertiup mantap dari arah timur laut semasa musim sejuk di hemisfera utara dan dari arah berlawanan iaitu angin barat daya semasa musim panas di hemisfera utara.
2. Apakah yang Menyebabkan Monsun?
Monsun berlaku disebabkan oleh perbezaan suhu di antara daratan dan lautan hasil daripada pemanasan sinaran matahari. Semasa musim sejuk, kawasan daratan benua menyejuk dengan lebih cepat dan menyebabkan suhu yang amat rendah di Asia Tengah. Keadaan ini menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi (antisiklon) yang sangat kuat di Siberia. Akibatnya, udara sejuk bergerak keluar dari Siberia sebagai angin barat-laut dan seterusnya bertukar menjadi angin timur-laut apabila tiba di perairan pantai China sebelum menuju Asia Tenggara.

Dari masa ke semasa, ledakan keluar udara sejuk yang kuat (luruan monsun) ini saling bertindak dengan sistem tekanan rendah atau siklon yang terbentuk berhampiran Khatulistiwa, menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga di pantai barat Sarawak.
Pada musim panas, pemanasan suria yang kuat meningkatkan suhu di kawasan daratan Asia. Semasa udara panas mengembang naik, kawasan tekanan rendah separa tetap terbentuk. Angin lengas tenggara yang berasal dari selatan Lautan Hindi dan rantau Indonesia-Australia bertukar menjadi angin barat-daya apabila melepasi Khatulistiwa. Angin ini seterusnya bergerak merentasi Asia Tenggara sebelum menumpu ke arah Indochina, China dan barat-laut Pasifik.

Ciri-ciri Monsun

Musim Monsun Timur Laut merupakan musim hujan utama negara kita. Sistem cuaca monsun yang terbentuk bersama dengan luruan udara sejuk dari Siberia menghasilkan hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar di sepanjang pantai timur iaitu negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, serta negeri Sarawak.


August 02, 2010

TRIP LEPAS BORING MUSIM RIBUT TROPIKA

Nilah hasil dia pi ngai dgn anak sulung aku.
wushhh!!!! besaqnya ayah, Aiman dpt ikan,Giant catfish ka?


Kesian ikan tu,,,goreng ni sedap.












































July 02, 2010

MEMBURU KERISI BALI SEMARANG TRIP 25hb JUN 2010

Anip Ahlil Muzik KPS dengan Kaci 5kg.


Kerapu 4kg



Mat keri (orgeniz trip) dengan kerisi bali 4.5 kg




Ni ikan tak tau nama apa tapi yg sorang ni asyik dia je duk posing dah takda model lain ke yg lebih hensem harhar...


Lagi kerisi bali 3kg.


Hari kedua laut Semarang mula bergelora sampai susah nak parking kapal so kami sound kapten untuk balik je.



Trip kali agak kurang dari trip lepas.Namun syukur semua ahli dapat mengaut 30kg ikan seorang.Apapun syukur semua selamat pulang ke rumah masing2 takda yg kurang dan lebih.Tq kepada semua ahli KPS kerana dapat menjayakan trip ini.Trip seterusnya 30hb Julai.

June 06, 2010

TRIP 28.05,2010 HARTA RAMPASAN YG DIANGKUT DARI SEMARANG
















TRIP SEMARANG 28 MEI 2010

Pada 28 mei 2010 baru ni Team KPS mendapat undangan dari pemancing SFI utk join diorang ke Semarang,trip mengejut 3h2m ini di sertai oleh Us Keri,Cikgu Simin,Yuslan JBA,Mansor JBA,Tauke Cina,Bodybuldier SFI,SiGemuk n org baru yg aku tak kenal.Trip menggunakan khidmat kapten Jack Sapperol Tg pagar.Kapten yg supporting n ramah.Perjalan mengambil masa 8 jam untuk sampai ke lubuk ikan.
Awak2 kapal sedang menolong pemancing menaikkan ikan.

Ni la tauke cina yg aku maksudkan.

Kerisi bali yg tinggal di perairan Labuan.


Nilah dia rupa dapur kapal Jack separrol he..sempoi



Ni cikgu simin yg aktif berbagai acara extrem,bidang ni baru ja dia terlibat.Lani dah jadi ketagih plak turun laut dalam.



SAAT AKHIR TRAJEDI MENIMPA ORGANISER

Pada malam nak berangkat ke KK anak ust Keri terpaksa di maksukkan ke wad kerana demam panas.So trip ni terpaksa ditinggalkan oleh ust Keri.Mujur tak sempat pi lagi.Kalau tak jenuh gak la isteri dia nak menjaga dua orang anak di hospital.Syukurlah semuanya selamat dan Aiman anak ust yg demam baik selepas 2hari duduk di wad.Alhamdulililah.Peringatan kepada kaki pancing jgn terlampau seronok sangat nak pi mancing.Pastikan keadaan dirumah semua dah settle baru pi pancing.

ALATAN PERANG YG BAKAL DIGUNAKAN OLEH MAT KERI

Yg diatas tu PENN SARGUS 8000.Baru beli tak tau perfom mcmna,tp baca dlm web leh gagah juga la natang ni.





WAJAH-WAJAH KE LAUT 360 DAN MATANANI

Otai tengah mengatur strategi 4-4-2.

Ni yg kurang rambut adalah lanun baru join lanun2 yg dah lama melanun ikan2 dilaut (ASNAN) ahli KPS terkini.(yuran jgn lupa ha..)
Saya rasa 4-4-2 tak boleh pakai,kita tukar 4-3-3 la pulak apa macam geng.
Setujuu..Mamak tea tarik woonek.






BULAN KE LAUT DALAM

Hasil dari laut 360 n Matanani kerapu bara yang membara,besar toi.....

Rupa kapal yg bakal membawa krew KPS.Kapal ni dilengkapi bilik katil bertingkat serta luas.Hasil tak tau macamna lagi.Time ni laut masih beralun kuat di 360.




Bulan 5 menjelma maka kedengaran bunyi2 nak turun laut dalam.Trip pun diatur oleh Ust Mat Keri n Cikgu Simin.Ahlul-ahli KPS semua bersetuju ke Luat 360 n Matanani KK.Setelah dicari tarikh yg sesuai maka 8hb Mei 2010 adalah waktu yg sesuai.Pada 18 April 2010 Ust Mat Keri (pngurus)trip n mat Hanip pergi ke KK melihat boat yg bakal membawa krew KPS.

TRIP CARI LUBUK YANG HABUK

Ni boatman yg tidak terlatih Hanip cikgu muzik team KPS.Trip ni berdua ja ke sg Balikkatak,Weston.Ada la sekoq baby Gt n ikan gelama.Namanya pun pi cari lubuk jadi takda la ikan.Disebabkan kumpau kami tak tangkap gambaq ikan.hehe



Ni la dia juragan,owner boat us Mat Keri.



Pemandangan Masjid Hj Hashim Sipitang dari laut.





SPEEDBOAT TURUN LAUT AKHIRNYA



Setelah berbulan lamanya memproses maka tanggal15 hb mac 2010 boat yg dimiliki us keri(KPS) berjaya ditolak masuk oleh 2org ahli KPS,owner n FENDI serta seorg kwn yg sama2 mgajor di sipitang iaitu ust Chon.

Fendi mengatur strategi nak bawak kuar boat.


Ust Chon yg dah 10 thn di Sipitang tapi takda perasaan nak pi ngail,perasaan makan ikan ja dia mau.


Penat gila tolak binatang alah ni, Mat Keri hang pi ambik jeep tarik bot ni,aku tak larat dah.



sampai juga akhirnya.




June 04, 2010

Trip sulung 2010 seorang ahli KPS dikira kumpau

sempat snap ganbar beruk hidung panjang,orang sipitang panggil ambok mat salleh. Cikgu simin dengan seekor kerapu.Dia ni seorg guru yg serba boleh,turun memburu payau pun dia,pi ngai pun dia juga.Kaki duk tak diam.Apapun dia ni kira sifu KPS.

Pemandangan awal pagi di muara weston.Subhanallah




Sebelah cikgu simin adalah kawan dia Hamzah namanya pemandu teksi Sipitang.Asyik tangkap gambar orang aku yang takda(ust Keri) ahli KPS yang terlepas pi ikut trip ni.